Followers

Memaparkan catatan dengan label Nokia N85. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nokia N85. Papar semua catatan

25 Mac 2010

off road...kapchai


ke puncak!!


Posted by Picasa
aktiviti di waktu lapang....

28 Februari 2010

BOBO?

Posted by Picasa

04 Februari 2010

Bubur Sup / Moi Sup



kedai di tikam batu, sebelah masjid.

09 Januari 2010

Memancing Ikan Haruan di tikam batu

aku dan keluarga pergi memancing, dekat dengan rumah je, sebelum tu kami ke kepala batas untuk membeli katak..eee...geli2, tapi sebab mancing punya pasal, aku sanggup pegang,hahaha. ikan haruan kan suka makan katak.



Abah seronok la tu dia berjaya naikkan.
dan akhirnya aku pun berjaya juga, lama gila tak mancing ikan haruan, lepas gian...


Besar la juga


2 ekor je? hahahah


Masak sup ikan Haruan, sedap...banyak khasiatnya kan
Soalan2 untuk lan:
waktu yg paling sesuai memancing haruan, bila ye?pagi?petang?malam?

16 Disember 2009

Patah tulang Bahu...

bahu abah yg patah tulangnya, itu yg nampak bonjol tu, dah masuk metro, baru lepas operation sambung balik pakai besi, lepas ni jadi org besi la. semoga cepat sihat, risau plak.
sehari sebelum kejadian patah bahu, kami ke lata bayu , mandi2 kat sana, best pegi sana sebab ada tempat dalam, kalau tempat yg air paras pinggang je,takde mood nak mandi, baik mandi kat rumah je. tu gambar anak abg aku, suka dia dapat main air, lepas tu sejuk sampai menggigil,hahaa, kesian dia.
Kedai hijau, ni kedai orang patani, kami panggil kedai hijau je, sebab kedai dia warna hijau,hehehe. kedai ni dekat depa sekolah tikam batu, kalau makan kat kedai ni, memang puas hati, nasi byk gila, kalau makan memang puas, sedap pulak tu. 1 pinggan boleh makan 2 org, tapi kami makan sorang sepinggan la,ehehehe. memalam suka lepak kedai ni, bukan sebab lapar sgt pun, tapi sebab bosan dan lepaskan tensen
ni gambar selepas buat operation, bahu dah tak terkeluar lagi, semoga abah cepat sembuh

06 Disember 2009

Serangga di Bukit Larut

sewaktu aku bekerja di bukit larut, huhu kamera lupa bawa, so pakai camera telefon je la..

masa matahari terbenam

tau tak ni apa??? ini la bunga


ha...ini la serangganya..macam2 jenis ada, cuba tgk yang macam batang kayu tu!
klik untuk besarkan,huh penat dah ajar
Posted by Picasa

11 Oktober 2009

Mee udang paling sedap saya pernah makan


abah saya yang masak...sedap tau


ini pulak mee tomyam kat tesco baru sungai petani, kedai thailand tu.
boleh la, sama je rasa macam kat kedai lain2.

18 September 2009

Aktiviti Minggu 37




hari selasa balik keje, mak cakap ada cad raya,
hehehe buka2 rupanya kad kawen laaaaa, thanks nad jemput faz



Main mercun bola, adik beli rm18 100 biji, tak habis main lagi, malam ni plak la.


tekanan gak dengan kerja baru ni, hehee cuba je la kan..

ni alya anak buah, dalam kete, jalan2, soping raya ngan atuk dia.

seronok dia kalau naik kereta

ni sup campur kat pelita nasi kandar, sedaplah bagi aku, harga boleh tahan.
tapi puas hati, semua ada.


nasi kandar, kesukaan adik ku



test baru raya, dah lama tak pakai baju putih, tahun ni try la..
sekian terima kasih..tuan blog busy, tak sempat update selalu

19 Ogos 2009

wajah baru Sekolah menengah teknik balik pulau

asrama dah di cat



kolam blok 2


blok 2 - pandangan belakang

blok 1 - pandangan belakang.

ayam oh ayam bakar









12 Ogos 2009

Sapa tau apa nama ni?



ini bukan mesin padi.
cuba teka?
gambo ni aku amik semasa menunggu padi yg masak diambil,
susah gak nak start benda ni.
konon2 nak tangkap ikan, tapi tak jadi plak. sebab keadaan tak mengizinkan.
tapi sempat juga aku menjala, tetapi hanya ikan puyu yg kecik2 sahaja,
memandangan kan air penuh kerana hujan seharian, ikan telah hanyut ke sungai 'mungkin!

Suasana kerja di tempat baru!!

Setelah habis projek simulator kereta kebal di kuantan,aku kembali ke bidang telekomunikasi,
mungkin sudah jadi suratan aku dibidang ini, dulu masa mula2 join sapura pun, maintenance radar kat subang, kini pencawang radio plak. macam maxis, digi, celcom. hari2 ke site, ada yg jauh, ada yg dekat, untung la kalau dekat, tapi kalau jauh, balik sampai rumah dah malam.
rasa letih gak dengan kerja baru ni. letih memandu.
kekadang baru balik rumah, dah ada call problem, tak sempat rehat, dah kena keluar semula.
skrg baru rasa nikmat bekerja,hehehe memang gaji pun berkat la.
setelah lama aku merantau di ibu kota(KL & Shah alam),
akhirnya dapat bekerja dekat dengan family(kedah),
tetapi byk yg perlu dikorban kan, korban masa, tinggalkan kawan2, tinggalkan org tersayang.
huhu betul ke org kata, sesuatu yg kita nak perlukan pengorbanan"?






aku tak panjat benda2 ni, cuma maintenance dia punya base station kat bawah je.

** bila cuti, rasa cam tido puas2, tak nak bangun terus**

Memotong itik dan memanggang itik

Tadi malam, adik aku bawa seekor itik yg sudah dibogelkan & disembelih secara sah.
tetapi belum dipotong-potong. hari ini dalam sejarah kerana aku telah memotong itik tersebut.
walhal aku belum pernah memotong ayam. disebabkan mak geli utk memotong, dan abah ku yg masih belum balik2 dari surau. maka aku terpaksa memotong, dengan niat nak belajar.hehe.
dengan jayanya memotong, hah tak tau la potong berapa,ehehehe, janji potong sudah.


setelah dibasuh dan di perap dengan menggunakan sos BBQ dan bahan2 lain.


operasi membakar dimulakan didalam microwave ini


apabila sudah dimasak, ntah bila adik aku angkut ke luar, bagi kawan dia makan(sebab kawan dia yg bagi itik tu)
tgk2 tinggal seketol je..heheh, jadi lah, aku pun tak lalu makan, kurang sihat.
rasanya sedap, tetapi agak liat sedikit jika dibandingkan dengan ayam.
selamat menjamu selera

10 Ogos 2009

Mari layan video

02 Ogos 2009

Lauk hari ini


lauk tengahari

tomyam malam tadi, abah ngan mak masak.
sebab aku & adik aku demam.