Followers

31 Mei 2009

Pantai murni-titi ayun-tanjung dawai




malas nak citer
#update:
pada satu hari...kami pergi berjalan2, lalu kami pergi ke pantai murni, selepas itu, kami pergi pula titi ayun dan batu hampar.selepas itu kami ke tanjung dawai membeli ikang masing, ikang masing itu sungguh sedap dimakan bersama nasi.

pssttt....vio suh cite

29 Mei 2009

anak ikan lagi..kolam punye plak


tadi basuh kolam ikan depan rumah, tgk2 ada anak ikan talapia, banyaknye..
pastu tangkap ikan talapia dengan patin yg dah besar, tapi lum masak lagi, tak tau nak masak apa? ada resepi?

Sampai Menutup Mata

Sampai Menutup Mata

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

#
Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Back to #

27 Mei 2009

Menjala ikan pastu mendaki bukit

Tadi pegi menjala ikan dengan faiz(adik), area2 bendang, tapi air tgh besar, dapat ikan puyu sekor je..hahahaha.
sebelum tu, jumpa pakcik jual air nira nipah, dah lama tak minum, terasa nak minum plak..hehe.


pastu balik umah, terus gi jogging mendaki bukit, rasa cam nak pengsan nak sampai ke atas, dah dua tahun tak naik atas bukit tu, rasa letih sgt..huhu.

Handphone baru....


handphone baru tukar cover, wakakakakkaa

26 Mei 2009

Main kejar2 'balik kampung'

aku telah selamat tiba di kedah pada jam 4 pagi..
selamat bercuti kepada diri sendiri.
tadi aku naik bas je....
perkara yg aku paling benci kalau naik bas:
1. time nak beli tiket, ulat2 tiket suka main kejar2 dengan aku."belum sempat turun motor, dah kejar2, aku langgar kang baru tau!
2. time nak turun dari bas, ulat2 teksi suka main kejar2 ngan aku gak, "kalau ade 10 ulat, semua nak tanya, kalau dah aku jawab taknak sekali je, yang lain tak payah la tanya bodoh!!.
kalau nak pepandai la aku cari!
3. harga tiket bas berubah rubah!!! ape kejadahnye!

23 Mei 2009

Hari ini hari yang merugikan

Tadi gi jalan2 stadium shah alam, tgk era.fm @ perodua show.
ini2 borang, jawab soalan, dapat 2 beg perodua, dengan 3 tiket cabutan bertuah untuk kereta perodua viva.

pastu gi makan nasi beriyani power, kat sek 13 shah alam, kebetulan tak tahu nak makan kat mana,
chek2 dalam gps, ada nasi beryani power, teringat abah cakap, nasi beryani power kat batu pahat johor best.
so try jela kat shah alam tu..peh memang best, kawan order mee bandung muar.
memang betul2 ori lah!! sedap.
aku plak makan nasi beryani gam kambeng..hehe.
lain kali boleh cuba menu lain plak.


lepas makan pegi sunway piramid, cari kasut member nak konvo.
cantik kasutnye, sgt cantik!..aku suka kasut ni, jarang skali aku suka kasut ppuan.
tapi entah camne aku boleh suka hari ni, mungkin ni kasut yg paling cantik dihati yg aku pernah lihat, begitau juga baju yg cantik" gambar baju takde'

dan selepas itu, makan kat kedai mamak, makan roti sardin"tak tahu nak order apa, teringat abah suka makan roti sardin", then kami pulang ke rumah masing2, hajat nak melihat artis di stadium shah alam,
tapi dah rasa letih, mood pun takde, kerana hari ini hari yang merugikan...
tapi aku happy kerana sesuatu tercapai dengan rasa puas hati!

Berakhirlah riwayat........






kenangan bersama staf2 simulator acv yang mantap, di kem batu 10 kuantan..
mungkin pasni kena pergi lagi kut..biasalah cakap je tak pegi lagi,
sok2 pegi lagi, so takleh nak cakap apa2..hahaha.
abis dah makan2 free..abis dah claim2, abis dah ot2, abis dah hardship2..
aku kembali jatuh ke paras normal...

sakit otak!
Pasni aku tranfer mana plak? KLIA?BUKIT MERTAJAM?SABAH?SARAWAK?

Sonoknye bercuti sabtu ahad..haha

sok nak gi mana erk...rasa cam nak gi kat stadium shah alam je,
ade era.fm watpe ntah, leh amik gambo banyak2..lalalala.
tapi tak tau la nak bangun kul berapa,
tido lambat edit blog, konon2 nak bagi cantik dan formal
'Mari Membaca '

22 Mei 2009

sebab asyik cuti je...


bukan saje2 takmo keje,
tapi cuti ni kena abis kan tahun ni gak..
cuti sakit ada 18 tak pernah amik.(nak wat camne, malas jumpa doctor yang banyak cakap)
anual leave ada lagi baru amik 3 hari, so ada lagi 34 ,
camna nak abiskan, takkan burn camtu je, sebab aturan baru yg mengusahkan' cuti takleh bawa semua ke tahun depan..
so camne????????????
projek di kuantan dah abis,hope sebelum aku tranfer ke mana2 tempat lain,
aaa aku nak cuti seminggu lagi!
balik kampung, gi mancing, gi mandi air terjun, gi mandi pantai, pasang zink pondok depan umah, basuh aquarium. jom2 cuti2 malaysia...

21 Mei 2009

nak nak nak!! amik gambo dalam air!




HARGA,nak tgk, nak beli?? utk handphone ada, untuk dslr ada, dll..klik link bawah ni

http://diysteps.blogspot.com/2009/05/promosi-aquapac-waterproof-case-untuk.html

faz: bestnye...leh bawa gi air terjun, waterpark. amik gambo dalam air..yehaaa yehaaaaaaaaaaaaa
LEH AMIK GAMBO IKAN!..
abah belanje ar anak mu ini...

Khas buat mereka yang nak kawin...Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak. kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang >pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:
Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... .. dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah
Unless korang nak pakai....

bersambung....disini . ada banyak benda lagi yg perlu...http://mari2membaca.blogspot.com/2009/05/khas-buat-mereka-yang-nak-kawinyang-dah.html

huhu camne pun kena kawen gak ni!

18 Mei 2009

jalan2 penang


ni alya, anak abg aku, hehe kalau naik kereta, diam je, sepanjang jalan, tak menangis pun,
bagus2, kalau camni slalu, leh bawa jalan2 lagi

ni adik aku, nama dia firdaus, dok sekolah teknik balik pulau(huhu sekolah aku dulu)
belah kanan ni nenek(mak aku ler) dan cucunye

hehe baru bangun tido, muka ngantuk, pastu kena cahaya cerah, mata pun takleh nak buka..sian dia..

kat padang kota, guna sebatang mancing je, just saje2 nak merasa tarik ikan, huh langsung tak tarik!

hantar adik kat jetty, sebab dia nak gi asrama balik pulau,
pastu memula gi kedai akuarium,pastu gi mancing kat padang kota,
saje try, mancing pun tak dapat ikan..huhu..so balik dengan kecewanya..

16 Mei 2009

Beranak la pulak

tadi aku tgk2 akuarium aku, dah ade anak molly itam tu..haha, kira2 ada 6, yg tak nampak tak tahu la berapa.
tapi skrg risau gak, takut kena makan, nak asing, akuarium satu algi takde pump, huhuhu. biar la dulu.nasib la kena makan ke tak.lepas ni dia beranak lagi..hahaha
pastu nampak ada 2 ekor anak ikan warna putih, maybe anak ikan guppy kut.
ni gambar nya..
Image
ikan guppy ngan ikan black molly memang beranak k, dia bertelur dalam perut, menetas pun dalam perut. so bila dah jadi ikan, baru dia keluarkan. ni gambar anak ikan ni, memang betul2 baru kuar dari perut ibu dia, terus boleh berenang.

15 Mei 2009

Berenang2

haha, record video plak...bestnye tgk ikan ni berenang2



13 Mei 2009

Akuarium upgrade pulak dah

ni projek aku kali ni, memandangkan tak ada apa keje nak buat cuti ni.
so aku hiaskan lah akuarium ni.


SEBELUM ubah suai


SELEPAS
maybe akan bertambah lagi dari masa ke semasa.
p/s: penat cari kedai ikan..zzzZZZzz

ni tips:
1. tgk brapa saiz akuarium .. kalau 2 atau 2 seteng kaki kebawah, cepat ar keroh.. kalu 3 kaki ke-atas, ok lagi..
2. tgk gak brapa banyak eko ikan ko bela dlm akuarium ko.. less is better..
3. brapa kali ko bagi dia makan dlm sehari??.. better ko bagi sikit (boleh abis dalam 3 minit).. kalu ko nampak makanan tu ter-apung jer lebih dari 3 minit, buang ar makanan tue.. 2 kali dlm sehari.. ato 3 kali.. tp kene bagi skit² ar..
4. air mau tukar seminggu skali.. 25% dari jumlah gallon ko.. kalu malas nak tuko, x yah bela ikan (artikel psl ikan ckp)
5. akuarium kene sinaran cahaya matahari x??.. better kalu x kene..
1. Air Paip yang dah diantiklorinkan -

2. Garam Ikan RM 1 untuk ganti garam yang keluar dari ikan bila dia stress. (Dalam AKaurium ikan mesti stress)

3. FIlter kena ada - Ring Kapor - Batu Karang (untuk menuetralkan asid dari taik ikan) kapur sifatnya alkali

4. Activated Carbon - Untuk menghilangkan bau air dan menyerap bahan bahan kimia yang terlarut

5. Air ganti 25 persen setiap bulan.. pastrikan air telah antiklorinkan dahulu. Setengah Jam pun dah cukup sebab klorin sifatnya gas dia akan cepat terhidrat dan terbebas.

6. Jangan basuh Batu Karang atau tukar air 100 peratus sebab nantiakan mematikan bakteria baik.

Untuk kurangkan air cepat keruh:
1. Cuci filter 2 kali seminggu
2. Cuci air 1 kali seminggu (30% to 50%)
3. Letak pasir sungai, memang terbukti menyerap kotoran (kebanyakannya tahi ikan), dan membuatkan air lebih jernih.
4. Untuk ikan oscar, memang style kuat makan dan kuat berak, Letak la 1-2 ekor ikan bandaraya/bodoh/sucker fish untuk cuci kotoran.

11 Mei 2009

Biarku Simpan Rindu Di hati

dah lama cari lagu ni!! akhirnyeeeeeeeeeeeeeeeeee.......!!

Scoin-Biarku Simpan Rindu Di hati

Asal kapas menjadi benang... Dari benang dibuat kain... Barang lepas usah dikenang... Oh dikenang... Dah menjadi hak orang lain... Orang lain... Kalau ada sumur di ladang... Dapat kita menumpang mandi... Jodoh kita tidaklah panjang... Tidak panjang... Hanyalah sampai di sini... Oh di sini, tiada lagi... Usah... Usah berkirim salam lagi... Jangan, disebut namaku ini... Biar... Biarku simpan rindu di hati... Kan ku kunci... Kunci di sudut yang sepi... Sepi yang tak berpenghuni... Penghuni cinta misteri... Misteri yang takku fahami... Faham mengapa begini... Perlukahku menangis... Menangis keranamu... Haruskahku bersedih... Bersedih keranamu... Tak relaku mengemis... Mengemiskan cintamu... Biarpun hati pedih... Pedih dipermainkanmu... Ku pandam sinar cinta... Cinta yang tiada... Tinggallah dikau sayang... Ku mohon pergi...

http://www.4shared.com/file/94294555/7e962b41/Scoin_-_Buah_Hatiku_-_10_-_Biar_Ku_Simpan_Rindu_Dihati.html

10 Mei 2009

New blog launch - Mari membaca



new blog...hehe byk betul blog, inilah akibat boring, lagi pun aku memang suka baca benda2 yang aku tak tahu, so aku share kan utk korang skali.selamat melawat.

>>> http://mari2membaca.blogspot.com <<<

dan ni blog aku satu lagi, sapa2 yg belum tahu.
Do it yourself!

07 Mei 2009

Baru beli lampu, Baru beli ikan, cantik tak..tapi kosong


barang2 keduri bersepah tepi akuarium, belakang akuarium tu tempat parking kereta. memang letak akuarium ni dekat luar.maklum la umah kecik je..mana ade ruang.

ni ikan2 dalam akuariom, paling aku suka tengok, ikan black molly

ada ikan gapi, ikan sepat, ikan harimau, ikan merah, ikan bandaran, ikan kupu2..dan macam2 lagi

memula beli mentol, belum sempat pasang dah terpijak..huhu aku yg terpijak plak tu. takpela aku yg beli, klu org lain yg pijak, aku sipak2 montot, tapi sebab aku yg pijak takleh la nak sepak montot sendiri.

tapi kosong je.takde tumbuh2an, ikan macam2 jenis dah letak
masalahnye, senang berlumut la, adei...ok kite tunggu lain masa..nak cari kayu..nak cari kayu..