Followers

28 November 2009

Sukenya...hadiah Hari lahir............thanks!!

Projek lagi

nak tutup longkang, buat tempat parking kereta.
parking takda, dengan kereta company lagi
adik sedang pecahkan tebing longkang
beg golla, dapat gak beli, sebab harga dia dah murah sekarang
cantik tak, boleh letak dua biji laptop

24 November 2009

Andai itu TAKDIRNYA....


Setelah habis membaca 'cinta kau dan aku', aku terus tertarik dengan hasil penulisan siti Rosmizah. Walaupun 'Andai itu takdirnya' diterbitkan pada tahun 2007, masih terdapat dipasaran sekarang. dibawah ni top novel, tangga pertama dan ke 2

23 November 2009

Semperna hari lahir ku yang Ke - .....

22112009 malam, abah bawa aku gi makan kat teluk air tawar, mengenangkan hari lahir ku yang ke - 25, ada satu kedai western baru di sana.

ni gambar alya, anak sedara aku, gambar ni takde kena mengena, saja pos,hehehe.
ni gambar di siang hari, sebelum kejadian makan malam.


Romantik ke tak? hahaha, mak makan nasi paprik je.


abah sedang makan lamb chop tuu, layannn



ha ni aku punya lamb chop, boleh tahan la, sebab tu kut kedai ni ramai org sgt2



adik aku faiz, macam chiken chop, nampak sedap juga, tapi tak rasa la.

terima kasih abah
terima kasih gak kepada org yg call aku tepat jam 12 malam sambil menyanyikan lagu birthday, sukanya(hehe sorang je pun)
thanks gak kepada kawan2 yg ramai wish aku tahun ni di FB, sgt ramai, sampai tak larat nak reply. ok da...

13 November 2009

Aktiviti cuti sakit

tgk2 anak buah


masak nasi goreng masin,huhuhu


memancing dlm keadaan pedih mata, ni gambo umpannye je


keluar rumah pakai spek 24 jam, walaupun memalam buta


gi tgk jambatan pulau bunting, time tu ada org mancing dapat ikan besar2


jogging bersama Adik yg byk alasan tiap kali ajak gi jogging

12 November 2009

jalan2 Telok Tempoyak

Kelmarin 10/11/09 Selasa, pi hantar adik balik ke asrama SMTBP... masa balik singgah Telok Tempoyak. Ada pulak jual umpan kat situ... apa lagi pi lah memancing kat jeti yang panjang tu (Pancing memang sentiasa ada dlm keta). Walau pun tempat baik... tapi takde rezeki kami hari tu.. Nak makan seafood pun medan ikan bakar tak buka lagi. Jam 6 ptg balik rumah..sob sob sob.. gua pakai spek!! sebab sakit mata!

07 November 2009

memulakan tanaman orkid...



baru ada 6 pokok depan rumah, nanti ingat nak tambah lagi

Alya comel


eii suka gigit jari
ni gambar anak abg aku,
ni blog kak ipar aku.
http://fayzielya0203.blogspot.com/

03 November 2009

Cubaan masak kari ikan tanpa santan ala mamak

Dengan semangatnya aku ke pasar malam, apabila pulang dari kerja..mencari bahan2 utk memasak.
Dah lama nak belajar masak kari, baru hari ini aku dapat buat,mengikut resepi yang aku cari semalam. alhamdulillah cubaan pertama ini berjaya, memang sedap..terima kasih kepada blogger yang share resepi ni dan mak yang sediakan bahan2. Lepas ni taknak masak guna santan lagi, sebab nak jaga kesihatan.


ikan

air asam

Bendi, daun bawang, bendi

tomato
- huhu teringat cerita tomatoman

Tumiskan daun kari + bawang2

masukkan Rempah kari dicampur dengan bawang yang telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa. Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris. Tumis hingga pecah minyak

Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dikisar

Hasilnya... memang sedap - bukan nak puji diri sendiri, tapi memang sodap,wakakakakaka

Kari ikan tanpa santan ala mamak
Bahan-bahan

* 5 ekor ikan kembung sederhana besar
* 3 sudu besar rempah kari ikan Alagapas (yang ini sahaja yang sedap pada saya)
* 5 biji bwg rose dan 3 ulas bwg putih - ditumbuk/giling lumat
* 2 biji bawang besar dan 3 biji cili hijau - dikisar halus
* 3 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih - hiris
* 3 biji bwg besar - hiris
* air asam jawa mencukupi untuk kuah
* 2 biji tomato - belah 4, 4 biji bendi, 2 biji cili hijau dibelah dua
* sedikit daun bawang dan daun sup dipotong-potong 1 inch panjang
* garam dan perisa secukup rasa
* 1 sudu kecil halba campur dan 2 tangkai daun kari
* 5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris bersama-sama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
2. Rempah kari dicampur dengan bawang yang telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa. Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris. Tumis hingga pecah minyak
3. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dikisar
4. Masukkan bendi dan setelah empuk, masukkan air asam jawa dan air secukupnya (dalam 500ml)
5. Apabila kuah mendidih, masukkan garam dan perisa secukup rasa.
6. Masukkan ikan dan tomato. Perlahan kan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Tujuannya supaya isi ikan tidak pecah.
7. Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun bawang (yang dipotong-potong 1 inch panjang) serta cili hijau dibelah dua

aku cuba resepi ni, yang diambil dari http://yokmakan.blogspot.com/