Followers

12 Ogos 2009

Suasana kerja di tempat baru!!

Setelah habis projek simulator kereta kebal di kuantan,aku kembali ke bidang telekomunikasi,
mungkin sudah jadi suratan aku dibidang ini, dulu masa mula2 join sapura pun, maintenance radar kat subang, kini pencawang radio plak. macam maxis, digi, celcom. hari2 ke site, ada yg jauh, ada yg dekat, untung la kalau dekat, tapi kalau jauh, balik sampai rumah dah malam.
rasa letih gak dengan kerja baru ni. letih memandu.
kekadang baru balik rumah, dah ada call problem, tak sempat rehat, dah kena keluar semula.
skrg baru rasa nikmat bekerja,hehehe memang gaji pun berkat la.
setelah lama aku merantau di ibu kota(KL & Shah alam),
akhirnya dapat bekerja dekat dengan family(kedah),
tetapi byk yg perlu dikorban kan, korban masa, tinggalkan kawan2, tinggalkan org tersayang.
huhu betul ke org kata, sesuatu yg kita nak perlukan pengorbanan"?






aku tak panjat benda2 ni, cuma maintenance dia punya base station kat bawah je.

** bila cuti, rasa cam tido puas2, tak nak bangun terus**

Catat Ulasan