Followers

25 Ogos 2009

Mengapa Raya Tak Semeriah dulu

Ni bukan pasal raya je, puasa, merdeka,begitu juga apa2 sambutan , dulu kalau nak sambut merdeka, semua kereta ada bendera, skrg? cuba tgk?

ok sekarang kita tgk kenapa raya tak semeriah dulu, (pada pendapat aku)
  • Dulu kalau balik raya, ada org bagi minuman free kat plaza tol.
  • Dulu kalau hari merdeka, dapat bendera free kat stesen minyak atau tol.
  • Dulu ada mercun, ada bunga api, sekarang byk diharamkan.
  • Dulu org pasang lampu guna minyak tanah, sekarang semua guna lampu lektrik.
  • Skrg semua org sibuk cari duit.
  • Ekonomi teruk , semua org berjimat cermat.
  • Kad raya dah semakin kurang sejak semua org ada internet dan telefon.
  • Sekarang semua org bz kerja, tak sempat buat kuih, semua beli je.
  • Susah nak cari buloh nak buat lemang.
  • Ramai orang muda2 tak reti buat ketupat.
  • Malas nak pegi beraya, kereta dah banyak, jalan jem
  • Sebab ko dah tua.......
ada sesiapa nak tambah??


TAPI ADA SATU RAYA JE YANG SEMAKIN MERIAH
" PILIHAN RAYA "



Catat Ulasan