hari ini, di pulau betong pulau pinang,
aku singgah di satu kedai laksa. makan pun dah lewat 4 petang.
dengan kelaparan aku terus duduk di kedai tu.
tunggu punya tunggu, 'eh pesal ramai org duk buat sendiri laksa'
pegi la tgk... rupanya.. semua kena sedia kan sendiri, timun kena potong sendiri, bunga kantan, bawang, cili.
lepas tu letak kuah.
hahaha ada gak kedai macam ni..kedai ni memang takde pekerja, cuma makcik tu sorang je.
dia la masak, dia la kutip pinggan, dia la kutip duit.
yang lain semua pelanggan kena amik sendiri, termasukla air.
sik baik dia tak suruh pelanggan dia cuci sekali pinggan selepas makan.
Laksa RM 1.00
Air Sirap RM 0.50
murah2, sebab semua buat sekali,hehe...ada gak kedai macam ni ka?
ini adalah gambar permandangan batu feringgi dari apartment hotel sri sayang.
sembang2 dengan nepal, gaji dia org RM15 sebagai pengawal keselamatan.
dah 3 tahun kerja di malaysia..
aku tanya dia org, boleh simpan ke..jawapannya...tak boleh..
macam2 soalan dia tanya aku, sambil tgk2 tepi pantai kat bawah tu.
jet sky pakai petrol ke?
bot pakai petrol ke?
itu org naik payung terjun tak takut ke?
payung terjun ikat kat mana?
aku amik gambo, dia datang mau tgk gambo, rasa cam nak bagi je dia kamera 1,hehe.
dah 6 bulan dia duduk penang, tapi tak pernah jalan2, sebab transport takde.
maybe bus mahal bagi dia...
umur dia sama ngan aku, rugila dia duduk negara org kalau tak boleh simpan duit.
kesian...semoga ko kaye ok!
gambar hiasan, budak perasan !!