Followers

19 September 2008

Compact Digital camera "beli x jugak"

sebelum ni , aku ada wat research pasal camera, dan cari info2 pasal camera compact ni di internet. kat bawah ni ada senarai camera digital yang terpilih, korang fikir la sendiri, sebenarnya aku pun masih belum beli camera compact lagi, ahh camna nak beli kalau tak masyuk!! , dulu aku pakai olympus tapi gambar slalu jadi blur, autofocus kurang stabil(kasi family kat kampung pakai "dah buruk baru nak kasi"), wat masa ni pakai dslr je, tapi susah nak bawa kemana2, sebab besar sgt, so memang aku bercadang nak beli satu compact camera, kalau boleh yang ada manual funtion, macam canon, tapi besar la plak. kecuali canon yang nipis tu, tapi takda funtion manual kalau tak silap aku.

so kalau nak pilih kamera.

1. Resolusi tak penting sgt, just bawah 8M pun dah ok, biasa pun org set 6M je, kalau lebih dari tu, nanti file terlalu besar nak simpan dalam pc(bayangkan satu pic saiz macam 1 mp3), kecuali kalau nak cetak buat banner ke apa2, boleh la pakai besar, setakat nak cuci atau nak simpan dalam pc, 6M dah memadai , lagi pun sesetengah kamera, belum cukup stabil dengan MP yang besar, contoh, kamera akan jadi lambat, kualiti pun mungkin terjejas, so kena cari kamera yang sesuai MP dengan prosessor yang terdapat di dalam kamera itu sendiri.
[b]Resolusi kamera, semakin tinggi resolusinya semakin detil objek gambar[/b] <---ada org kata begini, tapi sebenarnya, detail atau tidak, bergantung kepada lens, semakin tinggi resolusi, semakin detail kita printer bila printe besar<-- ini yang betul. setakat 10R.. 6M sudah memadai. kecantikkan gambar selalunya sensor yang tentukan

2. Kalau anda suka funtion zoom, digalakkan amik optikal zoom 5x ke atas, coz kalau 3x maybe korang tak puas hati nanti.kalau pakai digital zoom, gambar tak secantik optikal zoom, so jgn tertipu dengan digital zoom, digital zoom umpama kita crop gambar sahaja.

3. Dari segi lens plak, cuba cari lens yang popular, seperti carl zeiss lens(macam sony baru2) but lens utk kamera compact ni, aku blum try, tapi kalau dslr, sure ok.

4. Kalau boleh, cari aparture yang paling tinggi, selalunya lens yang aparture tinggi lebih besar, so menambahkan lagi kecekapan utk shoot gambar pada waktu malam.

5. Bateri, kalau yang suka masuk hutan ke, merayau ke, digalakkan guna bateri AA+, coz sesak2 senang kita nak cari bateri kat kedai2 (takyah nak cari lektrik nak cas2), lagi pun byk kedai kasi Rechargeable AA+ free masa kita beli kamera. kalau bateri kong, kita boleh beli dengan harga yang murah, tak macam bateri Rechargeable yang khas, harganya agak tinggi sedikit

6. ISO, iso byk berhubung kait dengan noise, masa beli , cuba try main iso, jgn guna iso100 je , cuba gunakan iso200, 300, 400...buat perbezaan dengan kamera2 yang lain, tgk, yang mana kurang noise.

7. Sapa yang lasak macam aku, boleh cari kamera yang body nya diperbuat dari besi tahan karat, hehe, tak kira la apa2 besi, jgn plastik sudah la. aku pernah tgk olympus yang dia boleh masuk dalam air, coz kedai tu dah lama sgt rendam dalam air, aku tgk ada gak karat, itu baru air biasa, kalau air masin??..so kalau nak beli yang leh masuk air tu, berhati2 sket.

8. Dari segi harga, bawah 1000, dah boleh dapat yang bagus, selalunya MP yang membezakan harga, macam aku cakap, MP tak penting, rugi kalau kita bazir kan duit hanya kerana MP. kalau selalu buat banner besar2, takpalah.

9. Lampu flash, pilih yang pakai lampu Xenon flash atau flash2 yang kuat, berguna utk shoot objek jauh diwaktu malam, kalau tak,cahaya tak sampai, objek akan jadi hodoh,hehehe

10. Sensor kamera, sensor CMOS atau CCD. Sensor CCD boleh gambar yang lebih berkualiti, tak tahu lah kalau dah ada keluar sensor terbaru.

11. Kelajuan autofokus juga perlu diambil kita, semua org tahu, autofokus amat penting untuk menghasilkan gambar yang tajam

12. Jenis memory card yang digunakan juga penting utk kelajuan gambar disimpan dan dibaca. kalau boleh, cari memory card yang high speed.

13. Kita sendiri perlu memahami apa itu, aperture, iso, Shutter Speed & metering, terutamanya pengguna DSLR. kalau minat, boleh wat cari kat wikipedia pasal benda ni.. ASAS photografi ni.

14. Yang paling penting ,hehe org yang berada dibelakang camera la...bak kata org2 lama..cerita disebalik gambar pun penting..

Canon PowerShot SD1000 @ isus 70
Sony Cyber-shot DSC-T10
Canon PowerShot SD600
Canon Powershot SD870 IS
Sony Cybershot W120
Sony DSC-V1
canon A570 is
Lumix FS3
canon A590 is

just pendapan, tiada pengesahan dari sesiapa, just dari pengalaman dan bahan bacaan. kalau salah tolong betulkan..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks..

pakude berkata...

byk info berguna tQ