Followers

17 April 2009

Cuba resepi talapia

memandangkan talapia kat kolam depan umah aku dah besar, so aku cuba masak ikut resepi kat tenet yg aku cari ni.
resepi ni http://www.fishing.net.my/FORUM/topic.asp?TOPIC_ID=10199&whichpage=1



ni gambar ikan org lain, tapi lebih kurang la saiz dia ngan ikan kolam aku



siang ikan dari sirip belakangnya hingga terbelah dua dan bersihkan sehingga putih melepak. buangkan lapisan perut ikan tu supaya nampak bersih. sesudah ikan bersih hiris dengan perlahan dibahagian tulang sebelah lagi, buang tulang tengah dan tulang perut ikan tu.



ambil sedikit asam dan lumurkan ke seluruh bahagian ikan dan biarkan seketika.



sementara menunggu ikan diperap dengan asam tadi.. bolehlah sediakan renpahnya.
rempah utk menggoreng ikan talapia yg saya gunakan ialah..

1) serbuk kunyit
2) serbuk kari ikan
3) jintan manis
4) ketumbar
5) garam
6) sedikit gula

masukkan semua rempah kat atas tu kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.



cuci semula ikan yg telah dilumur ngan asam tadi hingga bersih dan gaulkan dgn rempah pula sehingga sebati. biarkan seketika supaya rempah tadi dapat diserap sampai ke isi ikan.



sesudah ikan diperap dengan rempah, lumur pula ikam dengan tepung jagung. sepaya apabila digoreng rempah tadi tak tercerai dari ikan. biarkan seketika sehingga tepung jagung tadi menyerap air rempah tadi supaya tepung tidak bertabur. tak pun bole guna telur.



pastikan minyak betul betul panas apabila menggoreng, apa lagi gorenglah......


pastikan ikan betul masak dan garing...



ni la hasilnye
Catat Ulasan