Followers

15 November 2008

Family di johor



ni pakcik dah makcik, dan sepupu2 aku yang kecil, ramai lagi,takde dalam gambar ni, sepupu yang besar2, ramai dah kawen@kembar

12 November 2008

Mortal Kombat 5


From campur

@busukrembat topi pakcik kebun jap..muahahahahahaha@guling

10 November 2008

Tips cinta: awas!! lelaki sahaja!

Ingin mengetahui tentang Wanita?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

08 November 2008

Teknik out of bounds

Belajar guna teknik out of bounds, ikan laga
From campur
kritik & komen!

07 November 2008

Buang, delete virus secara manual


gambar hiasan(umpan mancing-umpun2)

selalunye, kalau nak remove virus secara manual, kita kena detect dulu secara manual, bila rasa pc kite ada yg tak kena(lembab), atau lampu processor kite sentiasa berkelip tanpa henti.
maknanya ada yang tak kena., check apa yang sedang di proses oleh pc kita, kalau tgk lain macam je memori yg digunakan, kalau boleh, kita biasakan tgk apa yang pc kita slalu proses(hafal benda2 yang memang sepatutnya ada).
then kalau kita jumpa, ade proses yang karut2, cuba cek proses tu datangnya dari file apa, kalau dari file software baru kita install takpa, tapi kalau tiba2, jumpa file yang kita tak yakin, copy name file tu, cuba check kat internet, atau search nama file tu kat tenet untuk tgk sama ada file tu virus atau bukan, kalau tak tau gak, cuba kill proses file tu dulu, then tgk keadaan pc kita masih tak tentu hala atau tidak.
then cek kat startup, apa buat file tu boleh run dengan sendiri, delete file tu, atau disable je.kalau tak boleh gak, buat dalam safe mode.
contoh virus yang senang buang secara manual, svhost(virus ni dah lama).

cara2 buang virus manual ni, bergantung gak cara virus tu bergerak, so kena byk explore. benda yang selalu kita check memula, startup dan process.kekadang, kat startup kita tak perasan, virus ada yang gunakan link lain untuk menyamar, contoh, bila kita tgk, startup utk ym, bila check link dia, lain plak file yang dia run kan. so kite kena cek gak setiap link startup, maybe ada yang berubah, sepatutnya run ym, tapi dia pegi run virus.

jgn lupa view hidden file
dan jgn lupe tgk file kita betul ke type dia, kekadang .doc pun leh jadi .exe dan macam2 lagi , kalau boleh, bila type file dah berubah dari asal, jgn klik(jgn run), nanti takut teruk merebak.

petua: susun file2 kita macam kita susun buku kat rak, supaya kita senang kesan file2 pelik2 yang datang tiba.
di samping tu, memudah kan kerja seharian kita, dan melancarkan perjalanan pc kite,haha.
"tensen bile repair pc kawan, tgk file bersepah2 macam rumah tikus"
1 lagi kita kena faham, pc jadi berat, bukan sebab file2 mp3, picture, word.
pc kita selalunya berat, bila banyak benda yang diproses,"disable je startup yang tak perlu"
kalau ada file yg kita ragu2, cek je paste je nama dia kat google, insyaAllah kita dapat keterangan dan fungsi file tu

tak tahu la korang faham ke tak, aku memang takda bakat nak jadi cikgu, just kongsi ilmu sikit2 yang ada.

"temuduga juruteknik komputer, ada gak yang disoal soalan ni"

alat bantuan yang boleh korang gunakan utk cek, startup dan proses secara detail:
1. http://www.data0.net/v3/
2. http://www.geekzlife.net/

'alang2 dah menaip panjang kat putera.com, aku masukkan skali dalam blog'