Followers

20 Februari 2018

MODENAS BAJAJ NS200 FI MALAYSIA

Masa baru beli: CHECKLISTS
1. Gear N sebelum start
2. Tongkat naik sebelum start
3. Ketatkan semua screw (double stand, ekzos, slider, padel clutch)
4. First servis pastikan eo 1.2 sahaja
5. Balancing tayar(klu 130 keatas goyang)
6. Tukar screw slider or tukar slider ktm terus.
7. Cek kedudukan bateri terbalik or tak, (pastikan terminal bateri dikiri, bukan kanan dekat besi)
8.Adjust clutch(jika perlu)
9. Update ecu(jika perlu)

RACUN:
1. Tukar Lever baru
2. Pasang handguard
3. Pasang stiker rim
4. Pasang box
5. Pasang windshied
6. Tukar slider
7. Pasang usb charger

LEPAS PANTANG:
1. Cari geng Konvoi (jgn lupa minta kebenaran bini)
2. Cari geng race😐
3. Test top speed sekurang kurangnya 151

Ape yg best motor ni?
1. Senang cilok walaupun handle lebar sikit je dr kapcai...masih boleh follow kapcai cilok masa jalan jem.
2. Sesuai guna utk gi keje, amik anak sekolah, naik 3 org pun masih pun masih ok sbb sit besar
3. Jimat minyak & tank besar...kadang2 rasa mcm lama sgt tak isi minyak.
4. Nak ride jauh2 pun sedap maintain 120-140 meter berat, bdn pun tak lenguh, malah rasa tak puas layan kemerduan enjin pulsar ni.(top 156)
5. Service Murah, tak macam motor 250cc keatas
6. Motor berat & tinggi..ketagih nak bawa, dpt kuar gi kedai pun jadi la
7. Modenas terbaik, semua part ada, walaupun sesetengah part masih kena order.
8. Ada liquid coolant, jalan jauh or jalan sesak. tak perlu risau enjin panas
9. Banyak group whatsapp 😂, dpt ramai kawan.
10. Motor 200cc paling laju kat malaysia😆😆. (Standard la).
11. Letak box still nampak macho
12. Kurang panas dari motor jenama lain, senang hati sikit nak park motor lama2.
13. Gear 6 minta gear lagi..pickup padu..
14. Exhaust punai, tak risau kaki terkena exhaust.
15. Break terbaik walaupun bukan ABS.
16. Pickup dia membuatkan kita rasa kurus walau pun kita gemok😐.
17. Xyah pening2 nak ubat suai enjin..semua dah sedap.
18. Enjin tak makan minyak enjin. Dah 2x lenjan kl-kedah..pulas habis..eo x kurang2.
 0. Boleh redah banjir..ekzos underbelly

Yg tak best:
1. Sc Subang klu booking lama gak nak tunggu giliran🤦🏻‍♂️
2. Screw slider ori wajib patah😆😆.
3. Bini tak bagi pegi ride🤦🏻‍♂️

Ok jangan ragu2..gi booking skrg😈

Korang tambah lagi kat komen, nanti aku update.





05 Oktober 2016

Langkawi





08 Mac 2016

Chiken chop tikam batu

Sebelah masjid tikam batu, depan naim bundle. Memang sedap, panas2, ayam lembut.

09 Januari 2016

Plan berkhemah di cameron yang tak jadi

Lama tak update blog...lama gile...

Sampai cameron dah malam, Plan nak berkhemah di sg pauh...tp tutup renovate sampai FEB 2016...cedih sungguh..last2 tidur dalam kereta je...
Pagi2 dah kesini, lepas sarapan kat keafarm, kena kapok..makan nasi lemak & meggie goreng, 
 sayur sikit sgt..rm17...


Lepas ke sg pauh, kami ke hutan lipur parit fall...hmm xada apa kat sini..setakat boleh riadah lepak2, nak mandi memang tak boleh..sbb air kotor...sampah banyak...




Kemudian kami ke port selalu...big red strawbery farm, paling best kat sini...masuk free, parking free, toilet dia boleh bagi 8/10 bintang, bersihhhh.
Minuman disini pun taklah semahal ditempat lain.







04 Julai 2013

tangkap sauk ikan laga di tikam batu

hasilnya...