Followers

03 November 2009

Cubaan masak kari ikan tanpa santan ala mamak

Dengan semangatnya aku ke pasar malam, apabila pulang dari kerja..mencari bahan2 utk memasak.
Dah lama nak belajar masak kari, baru hari ini aku dapat buat,mengikut resepi yang aku cari semalam. alhamdulillah cubaan pertama ini berjaya, memang sedap..terima kasih kepada blogger yang share resepi ni dan mak yang sediakan bahan2. Lepas ni taknak masak guna santan lagi, sebab nak jaga kesihatan.


ikan

air asam

Bendi, daun bawang, bendi

tomato
- huhu teringat cerita tomatoman

Tumiskan daun kari + bawang2

masukkan Rempah kari dicampur dengan bawang yang telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa. Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris. Tumis hingga pecah minyak

Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dikisar

Hasilnya... memang sedap - bukan nak puji diri sendiri, tapi memang sodap,wakakakakaka

Kari ikan tanpa santan ala mamak
Bahan-bahan

* 5 ekor ikan kembung sederhana besar
* 3 sudu besar rempah kari ikan Alagapas (yang ini sahaja yang sedap pada saya)
* 5 biji bwg rose dan 3 ulas bwg putih - ditumbuk/giling lumat
* 2 biji bawang besar dan 3 biji cili hijau - dikisar halus
* 3 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih - hiris
* 3 biji bwg besar - hiris
* air asam jawa mencukupi untuk kuah
* 2 biji tomato - belah 4, 4 biji bendi, 2 biji cili hijau dibelah dua
* sedikit daun bawang dan daun sup dipotong-potong 1 inch panjang
* garam dan perisa secukup rasa
* 1 sudu kecil halba campur dan 2 tangkai daun kari
* 5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris bersama-sama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
2. Rempah kari dicampur dengan bawang yang telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa. Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris. Tumis hingga pecah minyak
3. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dikisar
4. Masukkan bendi dan setelah empuk, masukkan air asam jawa dan air secukupnya (dalam 500ml)
5. Apabila kuah mendidih, masukkan garam dan perisa secukup rasa.
6. Masukkan ikan dan tomato. Perlahan kan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Tujuannya supaya isi ikan tidak pecah.
7. Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun bawang (yang dipotong-potong 1 inch panjang) serta cili hijau dibelah dua

aku cuba resepi ni, yang diambil dari http://yokmakan.blogspot.com/
Catat Ulasan