Followers

31 Ogos 2009

Hantar abah ke airport

Selamat mengerjakan umrah abah,
semoga sihat sentiasa disana.

sesi menunggu, dari jam 6.10 pagi, sehingga jam 8.30 pagi..baru abah check in.


penumpang sahaja

ni abg aku, hehehe

30 Ogos 2009

Masuk paper

semalam baca paper, tgk2 ada gambar abah masuk paper..hahaha, pakai baju kotak2 itam biru tu, macam YB tak,hahaha.

31hb 8 2009 hantar abah gi airport penang, abah nak gi umrah.

kalau boring, mari tengok spontan

kompom lawak



boleh tengok kat utube, taip je spontan..memang lawak gila rancangan ni!!!
ada kat astro warna je..

26 Ogos 2009

untuk N ter

seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu

reff: kutak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
‘kan slalu kunanti
karena kusayang kamu

hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain

adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
kukan selalu menantimu

25 Ogos 2009

Mengapa Raya Tak Semeriah dulu

Ni bukan pasal raya je, puasa, merdeka,begitu juga apa2 sambutan , dulu kalau nak sambut merdeka, semua kereta ada bendera, skrg? cuba tgk?

ok sekarang kita tgk kenapa raya tak semeriah dulu, (pada pendapat aku)
  • Dulu kalau balik raya, ada org bagi minuman free kat plaza tol.
  • Dulu kalau hari merdeka, dapat bendera free kat stesen minyak atau tol.
  • Dulu ada mercun, ada bunga api, sekarang byk diharamkan.
  • Dulu org pasang lampu guna minyak tanah, sekarang semua guna lampu lektrik.
  • Skrg semua org sibuk cari duit.
  • Ekonomi teruk , semua org berjimat cermat.
  • Kad raya dah semakin kurang sejak semua org ada internet dan telefon.
  • Sekarang semua org bz kerja, tak sempat buat kuih, semua beli je.
  • Susah nak cari buloh nak buat lemang.
  • Ramai orang muda2 tak reti buat ketupat.
  • Malas nak pegi beraya, kereta dah banyak, jalan jem
  • Sebab ko dah tua.......
ada sesiapa nak tambah??


TAPI ADA SATU RAYA JE YANG SEMAKIN MERIAH
" PILIHAN RAYA "



23 Ogos 2009

Selamat


21 Ogos 2009

Kena Gigit Pacat la...Bukit larut.. mee udang kuala sepetang



Tadi gi kerja di site bukit larut, best, sejuk, berkabus cam cameron highland.
Tetiba lepas buat kerja, nampak darah byk kat lantai. tgk2 ada pacat.
check2 kaki, rupanya kaki aku yg kena pacat, tak perasan pun dia gigit.
tapi takpala, tak rasa apa pun.



GELI??????????? hahaha



LEPAS TU PEKENA MEE UDANG KUALA SEPETANG PLAK.
tak best mana pun, huhu


19 Ogos 2009

wajah baru Sekolah menengah teknik balik pulau

asrama dah di cat



kolam blok 2


blok 2 - pandangan belakang

blok 1 - pandangan belakang.

ayam oh ayam bakar









17 Ogos 2009

SM TEKNIK BALIK PULAU

Ahad lalu, aku ke penang, abah aku nak cari barang2 utk pergi umrah, sambil2 tu pegi la balik pulau, melawat adik ku di asrama SMTBP, bersama abah, mak, adik.
ketika dalam perjalanan, ternampak seorang pakcik menaiki basikal,
di basikalnya, penuh tali kasut, ada juga hobi kumpul tali kasut ye?

faiz, adik bongsu ku

firdaus, adik ku, gambar di depan asrama, belakang tu blok 1 dan 2,
blok 1 tu lah aku pernah duduk 2 tahun, adik aku duduk blog 4.


seronok dia org bawa makanan kat dia. biasa la budak asrama ni, pantang jumpa makanan,hehe.

balik ke rumah
balik pulau = nama tempat di pulau pinang.
sapa pernah sampai balik pulau?

Ayam Bakar le pulakk

hari tu buat itik bakar, skrg ni ayam bakar plak,hehehe. peh..memang best

ramuan main belasah





lembut gile isi dia, fuhh

lama tak update blog, sebab dah 3 hari kat rumah stimix problem..
bosan teramat bosan....skrg kat opis,huhu.
hope balik ni stimix dah ok!!!!, 3 kali dah abah call telekom!!

12 Ogos 2009

Sapa tau apa nama ni?



ini bukan mesin padi.
cuba teka?
gambo ni aku amik semasa menunggu padi yg masak diambil,
susah gak nak start benda ni.
konon2 nak tangkap ikan, tapi tak jadi plak. sebab keadaan tak mengizinkan.
tapi sempat juga aku menjala, tetapi hanya ikan puyu yg kecik2 sahaja,
memandangan kan air penuh kerana hujan seharian, ikan telah hanyut ke sungai 'mungkin!

Suasana kerja di tempat baru!!

Setelah habis projek simulator kereta kebal di kuantan,aku kembali ke bidang telekomunikasi,
mungkin sudah jadi suratan aku dibidang ini, dulu masa mula2 join sapura pun, maintenance radar kat subang, kini pencawang radio plak. macam maxis, digi, celcom. hari2 ke site, ada yg jauh, ada yg dekat, untung la kalau dekat, tapi kalau jauh, balik sampai rumah dah malam.
rasa letih gak dengan kerja baru ni. letih memandu.
kekadang baru balik rumah, dah ada call problem, tak sempat rehat, dah kena keluar semula.
skrg baru rasa nikmat bekerja,hehehe memang gaji pun berkat la.
setelah lama aku merantau di ibu kota(KL & Shah alam),
akhirnya dapat bekerja dekat dengan family(kedah),
tetapi byk yg perlu dikorban kan, korban masa, tinggalkan kawan2, tinggalkan org tersayang.
huhu betul ke org kata, sesuatu yg kita nak perlukan pengorbanan"?






aku tak panjat benda2 ni, cuma maintenance dia punya base station kat bawah je.

** bila cuti, rasa cam tido puas2, tak nak bangun terus**

Memotong itik dan memanggang itik

Tadi malam, adik aku bawa seekor itik yg sudah dibogelkan & disembelih secara sah.
tetapi belum dipotong-potong. hari ini dalam sejarah kerana aku telah memotong itik tersebut.
walhal aku belum pernah memotong ayam. disebabkan mak geli utk memotong, dan abah ku yg masih belum balik2 dari surau. maka aku terpaksa memotong, dengan niat nak belajar.hehe.
dengan jayanya memotong, hah tak tau la potong berapa,ehehehe, janji potong sudah.


setelah dibasuh dan di perap dengan menggunakan sos BBQ dan bahan2 lain.


operasi membakar dimulakan didalam microwave ini


apabila sudah dimasak, ntah bila adik aku angkut ke luar, bagi kawan dia makan(sebab kawan dia yg bagi itik tu)
tgk2 tinggal seketol je..heheh, jadi lah, aku pun tak lalu makan, kurang sihat.
rasanya sedap, tetapi agak liat sedikit jika dibandingkan dengan ayam.
selamat menjamu selera

10 Ogos 2009

ingat tak entry semalam?

semalam aku ada buat entry pasal meja aku yg bersepah
hari ni aku balik kerja, aku tgk meja aku dah clear,
ada tambah satu lagi meja kecik plak atas dia.hehehe.
rajin betullah bapak aku buat, demam2 sampai mc 2 hari pun sempat lagi buat.
terima kasih abah.

gambar sebelum


jeng jeng, hehehe tak terfikir pun idea camni

gambar selepas!!

Mari layan video

kemas bilik terbantut

Sedang menyusun meja, dengan niat mengemas bilik, tetiba ada call dari member kerja.
ada alarm di site sg seluang kulim, kul 930 malam terus ke kulim.
sampai disana tgk2 aircond rosak, sik baik ada 2 aircond, so on kan 1 aircond 24 jam la.
kul 1130 malam sampai dirumah.
bila sampai dirumah, dah rasa letih dan malas, maka terbantutlah segala usaha mengemas.
terus layan ym/cf kejap, kul 1 tidoooo...
kerna esok masih ada...huhu masih ada kerja...huhu kerja kerja kerja, mungkin aku baru mengenal erti bosan bekerja,hehehe. apa2 pun, aku cuba yg terbaikkkk.

poning nak letak mana benda2 ni, bersepah atas meja

ni satu lagi meja, utk letak laptop je, meja coklat tadi disebelah.

03 Ogos 2009

sehari di kebun rambutan

aku demam semalam, pagi2 abg basir call, ajak datang rumah kat kuala ketil.
oleh kerana aku tak larat drive, abah aku rela drive, kami sekeluarga pun pegi.
byk betul buah, manggis ada, rambutan ada. abah sampai panjat2 pokok, dasyat gak abah aku panjat pokok. risau aku klu jatuh.

rambutan


abg basir


Emak aku ni...


Abah panjat pokok rambutan
tinggi oo..

Buah manggis


Banyak ni... siapa mahu...


Sedapnya...