Followers

05 Julai 2009

Tutup pula JPN putrajaya...lain pula perginya

Pada satu hari... hari sabtu...
aku bangun tido..bersiap2 utk ke putrajaya bersama N.
sebelum memulakan perjalanan, kami makan tengahari di wira sejati ( nasi campur ) sek 24.

selepas itu aku terus ke putrajaya dengan harapan dapat ic baru...
setelah bertungku lumus mencari parking (susah!)
aku dengan N pun turun dari kereta..N dah suruh aku test senyum (konon2 nak amik gambo ic nanti la), tapi aku buat bodo je..pasal aku duk menahan sakit perut.

kita org jalan kaki, sampai depan pintu JPN(jabatan pendaftaran negara la ngok)..tarik2 pintu, 'eh pesal tak boleh ni, pintu ni rosak kut'. N cakap ' jom try gi pintu lain'......

sambil menahan sakit perut, aku ngan N jalan sampai pintu satu lagi...
aku tarik pintu, tak boleh gak!!!! pastu aku intai2 kat tingkap, 'aik cam takde org je, dah la jom kita blah, rasa2 macam tutup je'

wakakakaka JPN TUTUP, nasib baik aku tak test senyum tadi!!

aku kecewa, 'ahh buat kat shah alam je la, lambat pun lambat la', aku masuk kereta, terus gi alamanda cari tandas nak buang hajat.

pastu kita org jalan2 kat alamanda tu sampai puas, N beli majalah kat kedai buku.. aku beli air je.

majalah yang dibeli oleh N

sebelum balik, kita org lepak taman botani, ramai org amik gambo kawen kat situ,
aku pun pusing2 amik gambo si N , bila dah bosan, kita org pun blah dari putrajaya yang mengecewakan tu...

dalam perjalanan balik, singgah pula ke ioi puchong,
round2 sebab tak pernah pegi, masuk kedai buku, aku beli novel plak, ""SUNGGUH AKU CINTA" ...spare utk ilang kan bosan duduk rumah nanti


ini lah novelnya....

masa tengah pilih2 novel, aku nampak novel yg penulisnya qurratu' ain.
tapi aku tak beli, sori ye ANN, faz tak minat novel ANN ni..hahahaha

novel ANN

.......awal lagi nak balik, hari2 cuti ni kan, so aku buka gps cari pasar malam.
aku gi pasar malam sek 19, jalan2 cari makan, aku beli nasi kerabu dengan taufufa.

nasi kerabu


taufufa

dah setel beli makanan, N ajak aku cari bank plak, aku buka2 gps lagi cari maybank..
ok jumpa! sek 20 je...

sampai sek 20, 'aik ada pasar gak..'
lepas setel urusan bank, kita org gi ronda pasar lagi sekali( pasar sek 20 )...hahahahaha...

walaupun dah penat, masih gagah berjalan, nak tau beli apa?
haha cuma beli jagung rebus je..makan dalam kereta, akhirnya sampai gak ke rumah aku.
N park kereta dia kat rumah aku. so dia balik la, takkan nak ikut aku masuk rumah.

sampai je kat rumah, aku mandi..rehat2...
tetiba aku nampak ikan laga aku sondol2 cermin, hek eleh cam aku tak tahu je dia nak minta makan le tu. aku kuat makan, dia pun sibuk nak kuat makan.

ikan laga ku, room mate ku.

puas aku berjalan hari ni, semua ni gara-gara JPN..


kesimpulanya.... JGN lupa gi toilet sebelum keluar rumah
Catat Ulasan