Followers

03 Julai 2009

ic baru aaaa... !!!! RHB

semalam....pergi giant shah alam..
niat hati nak tukar card RHB yang baru.
pastu...ic tak boleh baca..minah yg uruskan tu cakap boleh buat gak.
tapi kena tunggu fax dari RHB mines(tempat aku buka akaun) utk pengesahan.

dia call mines, minta fax kan pengesahan apa ntah.
pastu baru boleh buat.
lepas tu dia bagi la card baru...dia cakap 6 petang leh pakai card baru tu.
aku pun balikla..check2 email.
tetiba minah rhb ni call aku..

minah: hello, ni en fazrin ye
faz: ye kenapa?

minah: sy dari RHB bank tadi, card baru yg en fazrin dapat tu tak boleh nak aktive kan.

faz: kenapa?

minah: en fazrin kena gi RHB mines, buat kat sana.
faz: abis tu, card baru ni nak buat apa?

minah: buang je la

faz: ok.... (dalam hati aku, wah bagus ye bank ni, card bank boleh main buang2 camtu je)

hari ni aku ke RHB mines pula
aku gi kaunter pertanyaan...

faz: cik, semalam saya ke RHB giant shah alam nak buat card baru yang ada debit, tapi tak boleh, Tapi card lama saya dia org dah terminate. dia org suh saya datang sini buat card baru kat sini.

minah itam: Kejap ye, saya check, minta ic.

aku tunggu 5 minit...sebab minah tadi tu masuk office..
tetiba...

minah itam: mohd fazrin...mohd fazrin..!!

terpekik2 macam org kena sawan bab1, padahal aku kat depan meja dia je.

minah itam: maaf ye en fazrin, ic encik ni tak boleh baca..syarat bank memang kena baca ic, en fazrin kena buat ic baru, baru boleh buat card bank baru. klu pegi putrajaya, 1 hari je siap, sabtu ahad pun buka.

faz: ok.

lepas aku terus blah... geram betul dengan ic baru yang macam gampang, asyik rosak je!
patut la kawan aku cakap dia dah tukar ic 6 kali,
tu la akibatnya kerajaan buat sesuatu tak kaji betul2, janji duit masuk je.
hmmm kena gi putrajaya plak sok, buat ic

minah RHB shah alam ni pun satu, takkan tak tahu syarat2 bank sendiri, klu cakap awal2 kena tukar ic kan senang, bodoh! klu melawa je pandai, buat kerja tak pandai, tak payah keje bank, pegi jadi model ke, pramugari ke, GRO ke...


Tol RM12, minyak + Minyak RM 10 + buang masa! + penat!


kesimpulannya...mansuhkan PPSMI, bertambah kaya, yang bodoh bertambah bodoh!
Catat Ulasan