Followers

07 Julai 2009

aku jumpa kat tenet, berminat plak nak share

Rumah, tidak boleh nak elak. Kita perlu. Tetapi kereta baru tidak perlu. Selagi tanggungan kita masih ada, pakailah kereta sekadarnya yang mampu

RM 800 untuk pembayaran kereta tersebut, boleh membuatkan sekurang-kurangnya EMPAT orang yang kita sayang gembira.

Adakah kita nak menggembirakan hati orang yang kita tak kenali dan berjumpa di lampu isyarat selama 5 minit dengan kereta kita yang lawa atau kita hendak menggembirakan hati orang yang kita sayang?

Doa-doa empat orang yang tersayang tadi lebih mudah dimakbulkan Allah, sudah tentunya mereka akan bersyukur dan mendoakan anda lebih murah rezeki dengan bantuan anda. Ini adalah short cut kepada kejayaan yang lebih lagi.

Memanglah, lebih bagus jika kita dapat melakukan kedua-duanya sekali. Berkereta mewah seperti orang lain dan juga membantu mereka yang memerlukan. Namun yakinkah kita bantuan kita itu mencukupi, dan kita telah membantu semua yang layak dan kita tidak terkhilaf dalam penilaian kita?

Sama-sama kita renung sejenak.

Catat Ulasan