Followers

07 Jun 2009

Memancing Di teluk bayu


kul 1130, kami(abah, paktam, aku) sampai ke teluk bayu, sesudah tiba, paktam menjala udang untuk dijadikan umpan hidup.

kemudian kami bertolak ke kelong lama.
yang tiada lampu, air paip. sangkar org tinggal. kami menggunakan 2 pelita kabait sebagai sumber cahaya, sejurus sampai, kami terus memancing, dan abah ku org pertama yg menaikkan ikan(anak kerapu), kemudian............aaa abah lagi(ikan tanda) luck betul dia hari ni.
selepas 15 minit kemudian giliran ku pun menaikkan gelama, dan anak jenahak.
dan kami terus memancing, byk lagi ikan2 yg berjaya dibawa naik(tapi kecik2 je), salah satunya ikan 'tuka' yg berjaya dinaikkan oleh abah.

ketika itu air semakin surut, memandangkan ikan semakin berkurangan, jam 5 pagi aku mengikut paktam meredah dingin subuh ke pukatnya utk mengetahui cara pompang diangkat(pukat udang), tapi pada hari ni, hasilnya amat kurang, yg ada hanya ada segenggem udang dan ikan duri"macam mana nak jual, nak buat belacan pun tak lepas?

begitu la nasib nelayan, bak kata abah "rezeki didarat kita nampak, rezeki dilaut kita tak nampak".
begitulah nasib seorang nelayan.. "hari ni ada hasil, esok belum tentu ada".

saksikan video perjalanan kami disini
http://www.youtube.com/watch?v=4SL_JLs-7z8

pengajaran
"jgn lupa cara pasang lampu kabait, nanti leh jadi meriam buloh"

INFO
1. Pukat Pompang
  • Dipasang di muara sungai.
  • Semasa air pasang ikan akan berenang mengikut aliran air dan terperangkap dalam pukat.
  • Pukat bakul atau lebih dikenali sebagai pompang ini, hanya digunakan pada masa air pasang besar sahaja iaitu kira-kira 7-8 hari setiap bulan. Pompang di dalam air dipasangkan pada kayu pancang yang mengarah kepada arus. Ini kerana apabila ikan berenang akan mengikut arus akibat ditolak oleh alurnya yang kuat. Ikan yang terperangkap dipukat terdiri daripada ikan kekek, ikan baja, udang dan lain-lain lagi.
Catat Ulasan