Followers

30 Mac 2009

Habis sudah, oh tayar oh tayar



Memula niat nak servis, tukar minyak enjin, filter, element, balancing.
pastu bila buka tayar, ade tayar dah buncit, ada tayar dah nipis,
kedai suruh tukar 2 tayar, alang2 tukar 2, tukar semua je la murah sket, lagi pun memang dah lama tak tukar. huhu..abis dah duit nak enjoy2 bulan ni...
tapi kete memang dah sedap..memang la sedap, abis dekat 800. sik baik kelisa, kalau kereta lain?sebenarnya aku pun tak tahu tayar yg dia org tukar tu, jenis ok ke tak.
balik surt tenet, nampak cam ok je. http://www.goodyear.com.my/ducaro_ga.html
tapi rim ade yg bengkok2 sket, nanti la buat........tak larat den nak buat semua.
lepas ni apa lagi la ye...hope takde apa2

29 Mac 2009

Harta Harta Harta!!

Agak-agak ada ke orang yang terlalu sibuk kumpul harta sampaikan anaknya sendiri pun dah tak kenal/lupa ayahnya. Tak kenal/lupa sebab jarang jumpa! Orang yang sibuk kumpul kekayaan boleh lupa dan dilupakan - lupa keluarga, lupa jiran tetangga, lupa Tuhan! Jika macam ni, parah lah kita - minta dijauhkan kita dari berada dalam situasi sebegini. Pernah tengok semut mati bergelimpangan dalam bekas gula dok? Ingatkan bila berada dalam timbunan gula, semut akan ketawa berdekah-dekah...rupanya, mati terkangkang! Harap-harap kita dapat pelajari sesuatu dari kisah semut dan gula ini. Dalam surah al-Humazah, Allah s.w.t menceritakan kisah orang yang terlalu sibuk mengumpul kekayaan ini..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -Yang naik menjulang ke hati;Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. - Surah Al-HUmazah, Ayat 1-9

Jauhi bermegah-megah.

'aku sgt tertarik dengan artikel dibawah(aku highlight merah), jadi aku share kan utk korang semua.'

Jauhi bermegah-megah.

Bermegah-megah telah melalaikan kamu hingga kamu masuk kubur (At-Takaatsur: 1-2).

Hasrat untuk bermegah-megah dalam hidup ini dimiliki oleh kebanyakan manusia, sehingga rata-rata ingin mencubanya. Meskipun demikian, ada sebahagian kecil manusia yang berusaha mencegah diri dari memenuhi hasrat tersebut, dengan memperkuat diri dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sebab, mereka faham bahwa memenuhi hasrat hati untuk bermegah-megah boleh melalaikan dan membinasakan.

Banyaknya manusia menjadi lupa mengingat Allah adalah salah satu sebab utama bermegah-megah. Kalau sudah dihinggapi penyakit ini, manusia walaupun memiliki ilmu pengetahuan agama yang tinggi akan mudah saja menggadaikan pengetahuannya itu.

Terlupanya manusia untuk mengingat Allah ketika sudah dihinggapi penyakit bermegah-megah. Ianya boleh terjadi dengan berbagai cara. Di antara cara tersebut adalah, manusia menjadi tamak dalam mengumpulkan harta, tanpa lagi mempedulikan peraturan-peraturan Allah.

Menurut Imam al-Ghazali, seseorang yang terjebak bermegah-megah bisa menjadi syirik terhadap Allah. Alasannya, orang itu telah menjadi penyembah harta. Dan, syirik adalah dosa besar.
Oleh kerana itu, berhati-hatilah dalam mencari harta. Apalagi, sebanyak manapun harta yang dicari lama kelamaan akan habis dan ditinggalkan sesudah kita dipanggil Illahi, Sedangkan kita akan tetap dipertanyakan oleh Allah SWT, dari mana ? dan untuk siapa kita belanjakan harta tersebut?.

petikan dari: http://idhamlim.blogspot.com/2008/04/bermegah-megahan-telah-melalaikan-kamu.html

28 Mac 2009

Duit MALAYA 1941



duit lama ni je ada dalam simpanan aku, tapi pelik, kenapa brunei ada dalam ni? kalau korang perasan la, pic yg bawah ni(klik utk besarkan).

26 Mac 2009

Hutan lipur sungai pandan kuantan

klik kat gambar ye kalau nak besarkan










24 Mac 2009

Lembah Bujang


ingat nak gi mandi, tapi air tak banyak, so tak jadi la mandi, huhuhu...

22 Mac 2009

Aktiviti balik kampung


klik untuk besarkan




20 Mac 2009

adik ku faiz 20hb 3 2009





kat kedah, area2 umah aku je...

19 Mac 2009

Masjid kuantan - nak kena paw


ni gambar masjib yg aku amik, time ni aku gi dengan musz,
huhu amik pic masjib pun ade org nak paw..wahahahaha. time tu aku ngan musz kat tengah2 padang.

datang sorang mamat ni, memula dia tanya, 'dari mana?', 'keje mana?', org mana?'(tanya dengan gaya2 nak paw).
sik baik aku ngan musz cakap 'keje kat dalam kem askar'(memang betul pun), 'org sini2 je', tangan aku dah pegang pisau lam poket dah(kebetulan bawa), mana la tau tetiba dia bawa kuar pisau ke apa.

nasib dia blah, sebelum dia blah, dia cakap 'boleh tolong saye tak, bagi la rm 2 - 3 ringgit, aku cakap takde, pastu musz cakap, 'rm 1 ade la, nak beli apa?' pastu dia mamat ni cakap, beli utk perut'(menipu la tu), pastu dia amik dan blah. mat gian mana ntah.

pastu jumpa org mabuk2 plak, huhu teruk kuantan ni..kul 10 mlm dah mabuk2.ape nak jadi.

ni la pisau aku, agak2 cucuk sakit tak?..hehe

17 Mac 2009

Jadi test model lagi, ade2 je la musz ni





en mus wat uji kaji, so aku jadi tukang duduk je, ni blog musz

12 Mac 2009

Ciri2 wanita diminati lelaki

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

via: lamanmotivasi.blogspot.com

8 Perkata yang tidak boleh dibincangkan dengan Lelaki

Berikut merupakan 8 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

5. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

6. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

7. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

8. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Makan lagi , tanjung lumpur


mari pilih

ikan

udang

kupang

kerang

udang, kupang, ketam. sodap memang sodap.............hari2 mkn camni leh sakit ma...
so ni aku makan sikit tak berapa nak sikit la..wakakakakaka


work! sebelum kejadian mkn malam. baik pulih simulator. mkn lah habuanye..

10 Mac 2009

model terbaru



kalau nak belajar buat tgk kat sini http://diysteps.blogspot.com/

04 Mac 2009

Test new software

huhu letih2 belajar melukis, susah gak nak jadi designer ni, ni la hasilnya yg ntah apa2,utk first time ni, aku cuba lukis rumah abah di Taman seri jenaris, tikam batu, kedah.









boleh jadi architect tak lukis camni? wakakakakkaa

01 Mac 2009

Maxis broadband buat kejutan


Malas nak cite, klik je kat gambo atas ni, tgk sendiri...huhu macam tak percaya,
tapi itu la hakikatnya.time ni jam 4.30 pagi, first time try guna maxis broadband ni kat umah shah alam, selalu guna time keje kat kuantan je, sebab rumah shah alam ni dah ada stimix.
MENABJUBKAN!!